About Me

My photo
KANGAR, PERLIS, Malaysia

Tuesday, August 22, 2023

PENGENALAN

 

      

        WAHYUNI SPA telah ditubuhkan pada 11hb Mac 2013 dengan menawarkan perkhidmatan Aesthatics Spa & Wellness seperti urutan aromaterapi, urutan tradisional, urutan kesihatan, mandi wap (sauna), tungku herba untuk buang angin, rawatan muka, rawatan badan, rawatan kuku tangan dan kaki, seni solekan, tenaga pengajar dan khidmat runding cara tentang kesihatan, kecantikan dan personaliti serta rawatan ibu selepas bersalin. WAHYUNI SPA juga menawarkan perkhidmatan rawatan rambut, gunting rambut, warna rambut, perkhidmatan dandanan untuk pengantin ataupun majlis-majlis yang lain dan juga Mobile Spa iaitu spa bergerak dari rumah ke rumah terutama pada rawatan lepas bersalin. WAHYUNI SPA juga berkonsep santai untuk ibu dan anak datang ke spa. Konsep perniagaan secara ‘one stop services for muslimah dan islamic’ dijangka mendapat sambutan dan diterima oleh kumpulan sasaran memandangkan ianya menawarkan pelbagai perkhidmatan kecantikan, perkhidmatan kecantikan rambut dan juga menjual produk-produk yang halal dan terkini dalam satu bumbung pada harga yang menarik . 

              WAHYUNI SPA telah diilhamkan oleh pemiliknya Azrina Bt Ibrahim yang mempunyai minat serta kemahiran yang tinggi dalam bidang yang diceburi. Dengan kelayakan profesional dalam bidang ini serta latihan yang diikuti, pengusaha begitu berkeyakinan dapat memberi perkhidmatan yang dapat menambah dan memuaskan hati pelanggan. Perkhidmatan yang ditawarkan merupakan keperluan asas bagi manusia terutamanya golongan wanita yang amat menitik beratkan kepada kecantikan dan penampilan sama ada sewaktu bekerja mahupun ketika menghadiri sesuatu majlis. Trend ini merupakan satu kelebihan kepada WAHYUNI SPA dalam memastikan perniagaan yang ditubuhkan berdaya maju dan berdaya saing di pasaran.


VISI

PENERAJU PERKHIDMATAN SPA . SALON . AESTHETIC . PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN
DAN
PEMBORONG PRODUK KECANTIKAN DI SELURUH MALAYSIA


MISI

1. MENYEDIAKAN PUSAT KECANTIKAN SPA, AESTHETIC DAN SALON
YANG BERKONSEPKAN PATUH SYARIAH (MUSLIMAH).

2.MENYEDIAKAN PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN

3. SEBAGAI PEMBORONG DAN PERUNCIT PRODUK SPA DAN SALON
PATUH SYARIAH



Monday, August 21, 2023

SEJARAH WAHYUNI BERMULA PADA 2013

 


Gambar di atas : Umur 32 tahun habis belajar dalam bidang Solekan
Terapi Kecantikan dan bergerak Langkah mengubah cara hidup
mencari rezeki dalam bidang kemahiran.

2013 MOBILE SPA



LATAR BELAKANG PUAN AZRINA IBRAHIM



Azrina Binti Ibrahim

Umur : 43 Tahun

• Jawatan : Tenaga Pengajar, Coach, Pp-ppt, Pp-ppl, Fb-wim, Ppb-sldn,
Penyelaras Sldn, Owner Spa, Perunding Cara Mara, Pegawai Pemeriksa
Rating Spa Dan Pusat Urut Kaki Agensi Motac & Tenaga Pengajar
Kemahiran Agensi Empowerncer Kedah & Perlis

Kelulusan Profesional : Diploma Pengurusan Perniagaan - Kolej Binary
Kuala Lumpur (1997-2000)

Sijil Profesional Kecantikan – Giatmara Kangar (2013)

Skm Terapi Spa Tahap 3 (Mp-061-3:2012) - 2015

Skm Terapi Urutan Tahap 3 (Mp-082-3:2011) - 2015

Skm Pebidanan Tahap 1 (Mp-051-1) - 2016

DKM – Pentadbiran Spa (S960-001-4:2017) - 2021

Sijil Pengajar Vokasional (Vto) – I-031-3:2014 -2019


PENGALAMAN

•Menceburi dalam bidang perniaga selama 13 tahun, tahun ke 4 dalam
perniagaan sendiri ( 1 tahun bergerak secara mobile spa masuk tahun ke 2
sehingga sekarang berniaga dengan 3 premis atau cawangan di Arau,
Kangar dan Alor Setar dan juga Wahyuni Spa sebagai pusat latihan yang
berdaftar dengan jpk (SI0215, SI0136 & SD8843)

• Wahyuni spa merupakan spa dan salon yang berkonsepkan muslimah
patuh syariah ( one stop center for ladies only ) dengan rawatan dari
rambut hingga ke kaki





Friday, August 11, 2023

BERPUTIKNYA AKADEMI PERSOLEKAN DAN TERAPI KECANTIKAN

         Berhijrah ke Perlis mengikuti suaminya adalah satu permulaan hidup baharu bagi Azrina Ibrahim. Walaupun masih tidak jelas dengan hala tuju hidupnya pada ketika itu, beliau pantas mengambil peluang untuk memulakan perniagaan kecil - kecilan seperti menjual kerepek, jubah dan macam - macam lagi. Kunjungannya ke Halal Hub di Kuala Perlis pada tahun 2012, menjadi pencetus minatnya untuk membina kerjaya dalam bidang kecantikkan setelah mendapat tawaran di salah satu reruai di sana yang diberikan oleh GIATMARA untuk menyertai kursus Pedicure dan Manicure yang tidak ada syarat had umur. Beliau yang meminati bidang kecantikan ini sering mengunjungi Spa untuk membuat rawatan facial dan perasan Spa Muslimah tidak ada di Perlis pada ketika itu.



Puan Azrina dan suaminya


        Pada ketika itu, kursus dalam bidang Solekan dan Terapi Kecantikan baharu ditawarkan di GIATMARA Kangar. Beliau menyertainya pada sesi kedua tahun 2013. Setelah tiga bulan pertama menghadirinya, beliau telah menawarkan perkhidmatan bergerak untuk menimba pengalaman. Setelah tamat latihan kemahirannya selama enam bulan, beliau melakar matlamat tahunannya, iaitu untuk mengumpul modal bagi meningkatkan perniagaan bergerak spa kepada sebuah kedai pada tahun berikutnya. Beliau menjadikan satu bilik di rumahnya sebagai bilik spa dan menerima banyak galakan daripada pelanggan - pelanggan beliau yang yakin perniagaan supaya boleh dikembangkan di lot kedai. Beliau tidak teragak - agak untuk menandatangani borang perjanjian bersama MARA dan memulakan kursus pertadbiran dan pengurusannya.

            Dengan bantuan dua pekerjanya yang merupakan bekas pelajar - pelajar GIATMARA, Azrina berjaya membangunkan kedai di situ dan turut membuka cawangan keduanya di kafe sahabatnya yang berkonsepkan kafe dan spa, dengan bantuan pinjaman suaminya. Konsep baharu ini memberi pelanggan suatu pengalaman unik untuk mengopi di kafe selepas spa, ataupun singgah di spa selepas menikmati hidangan di kafe. Akhirnya, perniagaan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada beliau apabila sahabatnya mengambil keputusan untuk membangunkan kafenya di tanah sendiri. Perniagaan Spa di kawasan strategik, menawarkan peluang untuk menjana jualan bulanan sebanyak RM15 ribu dengan tambahan pekerja daripada GIATMARA dan pelajar latihan amali yang diserapkan masuk daripada Kolej Komuniti Kangar.



Puan Azrina dan pekerja Wahyuni Spa


            Setelah beberapa tahun menjalankan perniagaannya di situ, Azrina menyambut saranan daripada pelanggan untuk membuka Spa di Aman Sentral , Alor Setar. Walaupun risau dengan sewaan bulanan yang tinggi, beliau dikejutkan dengan tawaran harga sewaan yang lebih murah untuk lot kedai di aras yang lebih tinggi dan menumbuhkan Wahyuni Spa pada tahun 2019. Beliau yang merupakan graduan diploma dalam pengurusan perniagaan ini sudah biasa mengendalikan perniagaan restoran dan katering makanan Thai bersama - sama dengan keluarganya, pernah bertugas sebagai kerani akaun di sebuah syarikat perkapalan dan sudah biasa dengan asam garam membangunkan sesebuah perniagaan.

            Azrina bukan sahaja mewujudkan spa untuk perkhidmatan itu sahaja, malahan beliau bertekad untuk menjadikan spanya tempat melatih kemahiran insani, dan berdaftar bersama JPK dengan bantuan beberapa tutor di sana. Kini, beliau mempunyai produk keluaran sendiri, iaitu minyak urut, minyak relaxing, air jamu untuk detoksifikasi dan buang angin, bedak SP50 untuk solekan asas yang mudah. Produk seperti pembersih, toner dan serum adalah antara produk baharu yang bakal dilancarkan kelak selain daripada skrub mandian dan set mandian herba. Beliau yang menekankan pembuatan produk halal selaras dengan keperluan SIRIM, mahu menjadikan produk - produknya sebagai produk utama yang digunakan di Wahyuni Spa dan berharap mungkin suatu hari nanti akan menjadi produk standard bagi spa - spa yang lain.



Antara cleanser keluaran Wahyuni


Minyak Urut Wahyuni


Air Jamu keluaran produk Wahyuni

          Azrina dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Perlis 2015 dan berhasrat menjadikan spa muslimahnya sebagai sebuah salon dan spa lengkap di mana para pelanggannya boleh menikmati perkhidmatan berintegrasi tanpa perlu ke tempat - tempat lain. Beliau juga mahu produk - produk keluarannya menembusi pasaran antarabangsa dan dijadikan produk utama bagi spa - spa sekaligus menawarkan produk halal seiring dengan jenama - jenama terkenal di pasaran. Selain itu, beliau merancang untuk membawa produk dan spa muslimah ini ke Dubai dan Turki memandangkan potensi besar dan ada peluang dan jalan untuk melangkah ke sana.

      Anak kedua daripada empat adik beradik ini, tidak lupa untuk menyalurkan 5 peratus dari keuntungan kepada pusat tahfiz tempatan , dan kini turut memberi sokongan dan bimbingan kepada seorang lepasan kemahiran untuk membangunkan Spa muslimin dan muslimah.



Anugerah yang pernah dianugerah kepada Pemilik Wahyuni Spa,
Puan Azrina Binti Ibrahim














Thursday, August 10, 2023

PENGENALAN

                 WAHYUNI SPA telah ditubuhkan pada 11hb Mac 2013 dengan menawarkan perkhidmatan Aesthatics Spa & Wellness seperti uruta...