Berhijrah ke Perlis mengikuti suaminya adalah satu permulaan hidup baharu bagi Azrina Ibrahim. Walaupun masih tidak jelas dengan hala tuju hidupnya pada ketika itu, beliau pantas mengambil peluang untuk memulakan perniagaan kecil - kecilan seperti menjual kerepek, jubah dan macam - macam lagi. Kunjungannya ke Halal Hub di Kuala Perlis pada tahun 2012, menjadi pencetus minatnya untuk membina kerjaya dalam bidang kecantikkan setelah mendapat tawaran di salah satu reruai di sana yang diberikan oleh GIATMARA untuk menyertai kursus Pedicure dan Manicure yang tidak ada syarat had umur. Beliau yang meminati bidang kecantikan ini sering mengunjungi Spa untuk membuat rawatan facial dan perasan Spa Muslimah tidak ada di Perlis pada ketika itu.
We offered a comprehensive range of pampering experiences, from revitalizing hair treatments to soothing body massages and revitalizing facials. Specializing in pre-wedding preparation, post-natal care, and aesthetic services, we cater to all your beauty need.
Friday, August 11, 2023
BERPUTIKNYA AKADEMI PERSOLEKAN DAN TERAPI KECANTIKAN
Puan Azrina dan suaminya
Pada ketika itu, kursus dalam bidang Solekan dan Terapi Kecantikan baharu ditawarkan di GIATMARA Kangar. Beliau menyertainya pada sesi kedua tahun 2013. Setelah tiga bulan pertama menghadirinya, beliau telah menawarkan perkhidmatan bergerak untuk menimba pengalaman. Setelah tamat latihan kemahirannya selama enam bulan, beliau melakar matlamat tahunannya, iaitu untuk mengumpul modal bagi meningkatkan perniagaan bergerak spa kepada sebuah kedai pada tahun berikutnya. Beliau menjadikan satu bilik di rumahnya sebagai bilik spa dan menerima banyak galakan daripada pelanggan - pelanggan beliau yang yakin perniagaan supaya boleh dikembangkan di lot kedai. Beliau tidak teragak - agak untuk menandatangani borang perjanjian bersama MARA dan memulakan kursus pertadbiran dan pengurusannya.
Dengan bantuan dua pekerjanya yang merupakan bekas pelajar - pelajar GIATMARA, Azrina berjaya membangunkan kedai di situ dan turut membuka cawangan keduanya di kafe sahabatnya yang berkonsepkan kafe dan spa, dengan bantuan pinjaman suaminya. Konsep baharu ini memberi pelanggan suatu pengalaman unik untuk mengopi di kafe selepas spa, ataupun singgah di spa selepas menikmati hidangan di kafe. Akhirnya, perniagaan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada beliau apabila sahabatnya mengambil keputusan untuk membangunkan kafenya di tanah sendiri. Perniagaan Spa di kawasan strategik, menawarkan peluang untuk menjana jualan bulanan sebanyak RM15 ribu dengan tambahan pekerja daripada GIATMARA dan pelajar latihan amali yang diserapkan masuk daripada Kolej Komuniti Kangar.
Puan Azrina dan pekerja Wahyuni Spa
Setelah beberapa tahun menjalankan perniagaannya di situ, Azrina menyambut saranan daripada pelanggan untuk membuka Spa di Aman Sentral , Alor Setar. Walaupun risau dengan sewaan bulanan yang tinggi, beliau dikejutkan dengan tawaran harga sewaan yang lebih murah untuk lot kedai di aras yang lebih tinggi dan menumbuhkan Wahyuni Spa pada tahun 2019. Beliau yang merupakan graduan diploma dalam pengurusan perniagaan ini sudah biasa mengendalikan perniagaan restoran dan katering makanan Thai bersama - sama dengan keluarganya, pernah bertugas sebagai kerani akaun di sebuah syarikat perkapalan dan sudah biasa dengan asam garam membangunkan sesebuah perniagaan.
Azrina bukan sahaja mewujudkan spa untuk perkhidmatan itu sahaja, malahan beliau bertekad untuk menjadikan spanya tempat melatih kemahiran insani, dan berdaftar bersama JPK dengan bantuan beberapa tutor di sana. Kini, beliau mempunyai produk keluaran sendiri, iaitu minyak urut, minyak relaxing, air jamu untuk detoksifikasi dan buang angin, bedak SP50 untuk solekan asas yang mudah. Produk seperti pembersih, toner dan serum adalah antara produk baharu yang bakal dilancarkan kelak selain daripada skrub mandian dan set mandian herba. Beliau yang menekankan pembuatan produk halal selaras dengan keperluan SIRIM, mahu menjadikan produk - produknya sebagai produk utama yang digunakan di Wahyuni Spa dan berharap mungkin suatu hari nanti akan menjadi produk standard bagi spa - spa yang lain.
Antara cleanser keluaran Wahyuni
Minyak Urut Wahyuni
Air Jamu keluaran produk Wahyuni
Azrina dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Perlis 2015 dan berhasrat menjadikan spa muslimahnya sebagai sebuah salon dan spa lengkap di mana para pelanggannya boleh menikmati perkhidmatan berintegrasi tanpa perlu ke tempat - tempat lain. Beliau juga mahu produk - produk keluarannya menembusi pasaran antarabangsa dan dijadikan produk utama bagi spa - spa sekaligus menawarkan produk halal seiring dengan jenama - jenama terkenal di pasaran. Selain itu, beliau merancang untuk membawa produk dan spa muslimah ini ke Dubai dan Turki memandangkan potensi besar dan ada peluang dan jalan untuk melangkah ke sana.
Anak kedua daripada empat adik beradik ini, tidak lupa untuk menyalurkan 5 peratus dari keuntungan kepada pusat tahfiz tempatan , dan kini turut memberi sokongan dan bimbingan kepada seorang lepasan kemahiran untuk membangunkan Spa muslimin dan muslimah.
Puan Azrina Binti Ibrahim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENGENALAN
WAHYUNI SPA telah ditubuhkan pada 11hb Mac 2013 dengan menawarkan perkhidmatan Aesthatics Spa & Wellness seperti uruta...
-
Gambar di atas : Umur 32 tahun habis belajar dalam bidang Solekan Terapi Kecantikan dan bergerak Langkah mengubah cara hidup mencari rezek...
-
WAHYUNI SPA telah ditubuhkan pada 11hb Mac 2013 dengan menawarkan perkhidmatan Aesthatics Spa & Wellness seperti uruta...
No comments:
Post a Comment